24.10.18

Olivi Power Up

Apakah dia OLIVIE POWER UP yang dinanti penuh kesabaran oleh pencinta Olivie Plus 30x ini ❓

- OLIVIE POWER UP adalah :💯 semulajadi ekstrak dahan, daun dan buah Zaitun muda.

🔵 Dengan bantuan teknologi terkini dari Jepun, sebatian polyphenols yang segar serta berkhasiat tinggi berjaya diekstrak lalu menghasilkan cecair yang sangat pekat & likat.

🔵 Ia kemudian dibentuk menjadi seakan "pearl" dengan kaedah mechanical constraint di dalam ruang yang dikawal atmosfera sekeliling serta kelembapan.

🔵 Hasilnya maka terciptalah OLIVIE POWER UP - Desert olive tree pearl yang super kaya dengan antioksidan. 1 sudu teh OLIVIE POWER UP menyamai kandungan antioksidan (Hydroxytyrosol) di dalam 10liter Minyak Zaitun.

🔵 Dengan kepekatan antioksidan yang sangat tinggi ini, OLIVIE POWER UP mampu melambatkan proses penuaan kesan oksidatif radikal bebas. Dengan kehadiran Vitamin E di dalamnya yang bertindak sebagai nutrien penting anti-aging semulajadi, pastinya menjadi pilihan mereka yang pentingkan kesihatan & kecantikan secara semulajadi & organik tanpa kimia berbahaya.

#OliviePowerUp

23.10.18

MINYAK ZAITUN UNTUK PESAKIT GASTRITIS

Antara perkara yang menjadi idaman saya ialah untuk lebih mendekati diri kepada NYA apabila umur semakin meningkat. Antaranya ialah saya bercita-cita melakukan puasa Nabi Daud. Puasa berselang sehari.

Ia bukan saja baik untuk kesihatan tetapi baik untuk spiritual kita. Selalu mengingati kita hamba apabila menahan diri dari  melakukan apa yang kita suka (makan dan minum) walaupun halal.

Cuma yang menjadi masalahnya ialah saya selalu beranggapan bahawa saya ada masalah gastrik. Bila agak lambat makan, perut saya akan rasa tak selesa, berkeroncong dan pedih.

Itu yang menyebabkan saya rasa tidak selesa apabila tidak bersarapan, atau lambat makan. Akhirnya saya kerap makan untuk mengelakkan rasa yang tidak selesa. Itu yang menyebabkan saya makan lagi dan lagi. Saya jadi obese sehingga berat mencapai 105kg.

Bila saya fikir semula, betulkah saya ada gastrik sehingga menghalang saya berpuasa. Sedangkan pada bulan puasa, saya tidak mengalami masalah ini sedikit pun.

Sepatutnya selepas 10 jam berpuasa (lebih kurang waktu Asar), perut saya sudah pedih, dan saya terguling-guling menahan sakit. Tetapi ia tidak berlaku....

Saya yakin ini semua mainan minda bila otak membaca mesej yang salah. Saya percaya sebenarnya saya haus, bukan lapar atau pun mengalami masalah gastritis.

Bila mahu memulakan amalan puasa di luar Ramadhan memang rasa takut. Takut pedih perut. Tapi saya memujuk hati. Kalau tak tahan pedih perut nanti, makan dan minum saja lah. Apa nak risau sangat.

Pada mulanya, apa yang saya takuti memang berlaku. Bila masuk pukul 10 pagi, perut rasa tak selesa. Minta diisi. Tangan menggigil. Otak tak boleh nak berfikir. Teringat mahu makan saja.

Tapi saya tabahkan hati. Saya malas nak layan perasaan itu. Minum air yang banyak. Ambil dua sudu minyak zaitun, OLIVIE. Akhirnya rasa tidak selesa hilang perlahan-lahan.

Hari ini saya mampu melakukan puasa sunat dan Intermittent Fasting hampir setiap hari. Paling awal saya makan semula selepas 12 jam dari masa terakhir saya makan semalam. Kalau kali terakhir saya makan (dinner) pukul 9am, saya akan pastikan saya akan makan semula selepas 12 jam atau lebih, iaitu sekurang-kurangnya pukul 9 pagi.

Masa mula dulu, bila rasa tidak selesa saya akan minum air kosong beberapa gelas dan ambil satu atau dua sudu minyak zaitun. Rupanya usaha saya tidak sia-sia.

Dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh sebuah journal, mengatakan pengambilan minyak zaitun dara (Extra Virgin Olive Oil) yang menjadi sebahagian dari diet Mediterranean mungkin dapat membantu menghalang dan merawat jangkitan  Helicobacter pylori (H. pylori) dalam perut.

Boleh rujuk: American Chemical Society. "New Potential Health Benefit Of Olive Oil For Peptic Ulcer Disease." ScienceDaily. ScienceDaily, 14 February 2007.

Jadi bagi mereka yang rasa ada masalah gastrik dan mahu melakukan puasa sunat, berjumpalah dengan doktor. Mana tahu penyakit  'gastrik' yang kita  menghantui kita selama ini hanyalah mainan minda.

Semoga bermanfaat.
-Dr Zubaidi Hj Ahmad.

#oliviedrzubaidi

10.10.18

PENINGKATAN PESAKIT DIABETES JENIS 2 DI KALANGAN REMAJA


PENINGKATAN PESAKIT DIABETES JENIS 2 DI KALANGAN REMAJA

Ada yang terperanjat bila membaca tajuk yang saya tuliskan. Saya sendiri tidak terkejut kerana semakin banyak kes-kes yang saya kendalikan di klinik  yang melibatkan pesakit diabetis yang mula didiagnosa pada usia yang masih muda.

Ada seorang remaja berusia 16 tahun, datang ke klinik sebab masalah kerap rasa mahu kencing. Sebelum ini dia telah berjumpa seorang doctor di pusat kesihatan, dan diberikan antibiotic dan ‘pelawas kencing’ kerana disyaki mengalami masalah ‘kencing kotor’.

Doktor tidak mengesyaki pesakit mungkin mengalami diabetes sebab tubuhnya tidak obes dan umurnya masih muda. Pesakit pula takut melakukan pemeriksaan darah. Pada masa itu, pesakit baru saja ke bilik air, jadi tiada sampel air kencing yang dapat dihantar untuk pemeriksaan.

Setelah beberapa hari, beliau datang berjumpa bersama ibunya. Saya memujuk beliau untuk membuat pemeriksaan darah. Memang agak sukar. Rasa takut, menjerit dan terpaksa dipegang oleh ibu dan staf klnik yang bertugas. Akhir dapat bacaan gula dalam darah.

Ternyata bacaan gula secara rawak adalah 18.0 mmol/L.  Ibunya terperanjat seperti tidak percaya. Saya mengambil masa untuk menceritakan masalah yang anak beliau alami adalah berpunca dari masalah tahap gula yang tinggi dalam darah.
Rasa mahu kerap kencing itu adalah sebahagian dari masalah diabetes yang dialami. Tanpa disedari oleh ibunya, pesakit ini sentiasa berasa haus dan hanya air soda dari peti sejuk saja yang dapat menghilangkan hausnya. Tidak hairanlah bacaan gulanya kekal tinggi.

Saya mulakan rawatan dan menasihatkan penjagaan makanan yang mudah diamalkan. Alhamdulillah setelah seminggu, bacaan gula beliau turun kepada 10 mmol/L. Masih tinggi tetapi sudah menurun.

Saya merujuk beliau untuk ke hospital bagi memantau komplikasi pada mata dan ginjal, dan berharap agar tiada komplikasi pada organ-organ tersebut.

Memang sesuatu yang membimbangkan. Sekali lagi, kes-kes diabetes di kalangan remaja semakin meningkat di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Dalam kajian kajian yang dikeluarkan oleh Royal College of Paediatrics and Child Health menunjukkan peningkatan pesakit diabetes di kalangan kanak-kanak di England dan Wales. Tidak semua mereka mengalami obesiti. Suku dari mereka tiada masalah kegemukan.

Pesakit diabetes yang terlalu muda pasti akan mengalami masalah komplikasi seperti masalah jantung, stroke dan ginjal, selepas 10-15 tahun. Tidak hairanlah jika ramai pesakit jantung, stroke dan ginjal juga berusia berada dalam usia awal 30an.

Saya percaya semakin ramai remaja yang mengalami kegemukan dan ia harus ditangani dengan memberikan perhatian apa yang mereka makan, selain dari menggalakkan mereka aktif dalam kehidupan mereka.

Pendidikan tentang pemakanan seharusnya diterapkan pada ibubapa kerana saya melihat kadang kala ibu bapa tidak rasa bersalah membenarkan anak mereka minum air soda setiap hari di samping mengambil makanan yang banyak bersumberkan karbohidrat berproses.

Kita faham keperluan tenaga di kalangan kanak-kanak adalah tinggi kerana mereka masih menjalani proses tumbesaran di samping mereka aktif bermain.

Oleh itu mereka harus diberikan makanan seimbang sewaktu makan pagi (bersarapan). Kebanyakan kita memberikan makanan yang berproses, sedia dituang ke dalam mangkuk dan ditambah susu sebagai menu utama bila bersarapan. Ada pula yang memberikan makanan berasaskan karbohidrat berproses setiap hari seperti roti canai, dan minum teh tarik.

Sudah tentu ini akan meningkatkan tahap gula dalam tubuh, dan akhirnya disimpan dalam tubuh sebagai lemak. Bila tubuh sudah menjadi obese, dan selera semakin bertambah, kanak-kanak ini akhirnya mengalami insulin resistance yang menyebabkan penyakit diabetis.

Apakah pilihan yang kita ada? Saya mencadangkan sarapan bagi kanak-kanak haruslah diberikan karbohidrat kompleks yang terdiri dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Berikan makanan bersumber protein dan tambahkan lemak sihat.

Antara menu yang sesuai diberikan adalah sandwich dari roti wholemeal, diletakkan sayur-sayuran seperti tomato dan lobak yang dipotong kecil disamping telur mata atau telur dadar. Tambahkan sedikit minyak zaitun OLIVIE sebagai sumber minyak sihat mereka.

Pengambilan minyak zaitun sangat baik untuk kanak-kanak bersekolah kerana ia adalah sumber antioksida, monounsaturated fatty acid dan sumber tenaga yang banyak. Mereka juga lambat lapar dan boleh focus terhadap pembelajaran di kelas.

Saya juga mencadangkan, sesekali kita sediakan pisang, ubi rebus atau keledek yang mempunyai sumber tenaga yang tinggi dan sesuai untuk keperluan tenaga kanak-kanak.

Bagi mereka yang mahu sediakan nasi goreng atau me goreng, pastikan ada sumber protein seperti telur atau sedikit daging yang dipotong kecil ke dalam masakan. Yang penting letakkan sayur-sayuran yang mencukupi.

Berapa banyak keperluan sayur yang mencukupi? Saya mencadangkan separuh atau satu pertiga dari me atau nasi yang hendak digoreng. Banyak bukan? Tetapi itulah keperluan sayur-sayuran sebagai sumber antioksida dan fiber untuk anak-anak kita.

Jangan lupa untuk pastikan mereka mendapat minyak zaitun, sekurang-kurangnya sesudu. Boleh dimasukkan ke dalam masakan atau diberikan terus ke dalam mulut.

Mereka boleh minum air susu segelas. Mereka juga boleh minum air kosong saja jika makanan yang diberikan telah cukup nutrisi dan tenaga yang diperlukan.

Nasihat saya, elakkan anak-anak kita mengambil makanan yang manis ketika bersarapan kerana ia akan menyebabkan rasa mengantuk, dan tidak focus dalam pelajaran. Makanan atau minuman manis akan menyebabkan anak kita menjadi terlalu aktif sehingga dikatakan ‘nakal’ dalam kelas.

Perhatikanlah pemakanan anak-anak kita jika kita mahu mereka sihat, kuat dan bersemangat dalam pembelajaran.

Semoga bermanfaat.

_Dr Zubaidi Hj Ahmad_
08-10-2018

7.9.18

Kekalkan tahap kesihatan anda

•••••••••••••••••••••••••••••••
Kekalkan Tahap Kesihatan Anda
•••••••••••••••••••••••••••••••

Beberapa hari kebelakangan ini, ramai yang mesej dan hubungi Saya bertanyakan Tips Pemakanan Untuk Situasi yang sedang Mereka hadapi.
.
Ada yang sedang diuji dengan Paras Kolesterol yang Sedikit Tinggi, Paras Gula Yang Tinggi dan Tidak Terkecuali Tekanan Darah yang Tidak Stabil Serta Gangguan Di Usus.
.
Berdasarkan pengalaman dan Pembelajaran Saya dalam Bidang Diet & Nutrition + Holistic Treatment,
Kesemua Situasi Di atas TIDAK AKAN MENJADI KRONIK / Bukanlah dikategori sebagai Penyakit yang Sukar diatasi.
Asalkan, Pesakit Memiliki Azam yang Tinggi Serta inginkan perubahan kepada Tahap Kesihatan Mereka.

Antara Teknik yang Saya pelajari Serta selalu Tekankan ialah :

1. Semak Pemakanan Harian
2. 'Increase' Jenis Makanan yang Berlaku Pengurangan pada Menu Harian tetapi Ia akan Meningkatkan Tahap Kesihatan
3.'Decrease' Jenis Makanan yang menerukkan Situasi Kesihatan
4. Cadangan Pengambilan 'Superfood'
5. Cadangan Pengambilan 'Supplement'
6. Cadangan Pengambilan Herba
7. Cuba Amalkan AAFIYAT LIFESTYLE

Daripada 7 Teknik Di atas,
Saya buat sedikit Rumusan Mudah Untuk Rujukan (Untuk KEKAL SIHAT & Atasi Situasi Kesihatan yang Menurun):

✅ Jaga Hubungan Dengan Maha Pencipta, Solatlah dengan Betul Setiap Perkataan, Perbuatan & Niat Serta Khusyuk.
Solat Memberi Manfaat yang banyak pada KESIHATAN juga.

✅ Pengambilan Air Putih/Masak adalah WAJIB, Elakkanlah Minuman Manis, Bergula Putih, Mengandungi Caffeine dan Alkohol Serta Minuman Berkarbonat

✅ Pengambilan Sumber Sayur-Sayuran SETIAP HARI & Mesti BANYAK Daripada Ikan / Telur
MENU INI BUKAN TUNGGU PENYAKIT KRONIK DAH MAI NA!

✅KURANGKAN MAKANAN BERDAGING (Lembu, Kambing, Kibas, Kerbau, Ayam). Boleh gantikan Sumber Protein dengan Ikan & Telur ATAU Ambillah Protein Dari Sayur-Sayuran.

✅ KURANGKAN Makanan seperti Roti Putih, Beras Putih, Makanan BERGORENG & Berpeluntur.

✅ ISTIQOMAH Amalkan LEMAK SIHAT Setiap Hari.
Boleh pilih Jenis yang Anda Suka dan Mudah Serta NUTRISI TINGGI.
Saya cadangkan PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS (EXTRA VIRGIN OLIVE OIL) Kerana Ia adalah Perahan Keseluruhan Bahagian Buah.
Buah Warna Hijau Lagi Tinggi NUTRISI Untuk Pertahanan Tubuh Badan 💪🏻

✅ Omega 3 Dari CHIA SEED,
Dalam Minyak Zaitun pun ada Omega 3, tapi sedikit Rendah berbanding Di dalam Chia Seed

✅ Sumber Bakteria Baik - Probiotik.
Saya Cadangkan CUKA BUAH TEEN kerana Buah Teen mengandungi Nutrisi Yang Tinggi Serta Tidak Dinafikan Manfaatnya pelbagai dalam banyak Journal.
Bancuhkan Cuka Buah Teen dengan Air Putih Serta Chia Seed.
Minuman Kecergasan Anda dan Usus Pun Sihat 👍🏻👍🏻

Kesemua Cadangan Di Atas Bukan HANYA Untuk Situasi Kronik sahaja,

MALAH...

Perlu diamalkan Untuk kehidupan Lebih AAFIYAT 🤗

Ramai dah Alami Kesan POSITIF 💪🏻

ANDA BILA LAGI????

Jom AAFIYAT BERSAMA-SAMA ❤️

31.8.18

rawatan kitaran haid

ISU KITARAN HAID

Harus diingat dan saya ulangi lagi hari ini kaedah rawatan olive house yang saya cuba terapkan ialah merawat punca penyakit. Bukannya merawat penyakit. Jika kita merawat penyakit kemungkinan  ia akan datang balik. Ibarat bumbung rumah kita bocor, kita tampal, akan bocor tempat lain pula. Maka solusinya kita tukar bumbung baru.

Isu kitaran haid yang dibahaskan oleh ahli2 parlimen olive.house di group yang mulia ini banyak menyentuh kaedah rawatan tanpa  seorangpun menyentuh punca kepada masalah ini.

Sebahagian isu.ni saya dah ulas dalam siri ikhtiar zuriat. Cuma kali ini kita ulangkaji balik.

Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur. Antaranya:

1. Hormon tidak stabil
2. Telur tak matang
3. Tiub ada masalah
4. Ketumbuhan samada cyst, fibroid, pholips dan tyrod.
5. Kanser pangkal rahim atau kanser servik
6. Masalah tulang belakang.

Jadi, dalam merawat penyakit haid tidak teratur perlu lihat atau kita perlu tahu puncanya dahulu.. Semua topik ini ada dalam silibus DTT siri 2. Bagi yang dah ikut mungkin boleh faham atau masih tak faham. Yang belum ikut memang tak akan faham lagi.

BAGAIMANA KITARAN HAID SEMPURNA.

Seeloknya kitaran haid yang sempurna ialah mengikut bulan hijrah.

Contohnya mereka yang start period dari 23-30 hb Islam setiap bulan. Ini yg paling sempurna.

Jadi mudah nak kenalpasti waktu subur atau tidak seseorang wanita itu. Maknanya jika period bukan dalam tempoh tersebut dikira kitaran haid tidak sempurna.

Jadi berbalik.kd isu pokok yang dipedebatkan tadi..jika punca penyakit itu dari ketumbuhan maka penawar terbaik ialah set anti tumor atau anti kanser. Begitulah seterusnya...jika punca hormon maka perlu beri set hormon.

Semoga penjelasan ini dapat difahami oleh semua ejen2 dan perawat olive house agar tidak berlaku kesilapan memberi produk dan dos.

#Ustaz Shahidan

Tanda tanda awal kanser

sari cuka teen

sari cuka teen

23.8.18

produk

www.wasap.my/601111363639/quranic food

MAKAN LEMAK

🍀🍀🍀
*TAK BOLEH MAKAN LEMAK LANGSUNG? DAH GILA KE APA?*

Ada seorang teman bertanya.

*"Doktor, benarkah kita tidak boleh makan makanan yang berminyak dan berlemak?"*

Saya tersenyum dan mahu menduga "kenapa?"

*"Minyak dan lemak kan bahaya. Ada banyak kolestrole. Menyebabkan sumbatan pada saluran darah?"*

*"Ya kolestrol yang berlebihan mungkin boleh menyebabkan sumbatan tapi ..."*

Belum sempat meneruskan, dia sudah memotong.

*"Jadi kita kena makan makanan yang rebus dan bakar saja lah.."*

Saya menggelengkan kepala dan tersenyum.

*Ramai yang keliru dengan lemak dan minyak yang kita gunakan dalam makanan.*

Lemak adalah sebahagian dari makronutrien. *Makronutrien yang lain adalah protein, air dan karbohidrat.* Pengambilan makronutrien ini sangat penting. *Ia harus diambil seimbang dalam kuantiti tertentu.*

Lemak berperanan dalam:

*1. membekalkan tenaga* yang banyak dalam tubuh.

*2. membina dinding-dinding sel* dalam organ otak dan saraf.

*3. membina seks hormon seperti estrogen dan testosterone*

*4. membantu penyerapan vitamin A, D, E, K dalam usus.*

Kita dicadangkan mengambil *20-35% lemak dalam makanan.* Cuma kita perlu tahu bahawa lemak itu ada 3 kategori.

*1. Lemak sihat yang terdiri dari lemak tak tepu seperti minyak zaitun, buah zaitun dan avokado.* Lemak ini adalah lemak yang terbaik,terbaik dan sihat, jadi perlu diperbanyakkan dalam makanan.

*2. Lemak tidak berapa sihat yang terdiri dari minyak tepu seperti lemak yang terdapat pada daging haiwan. Lemak ini harus diambil dalam kuantiti yang sederhana dan tidak boleh selalu.*

*3. Lemak yang memudaratkan yang terdiri dari minyak atau lemak 'transfat' yang banyak terdapat dalam makanan yang digoreng menggunakan minyak yang digunakan berkali-kali dalam suhu yang tinggi.* Transfat ini juga digunakan sebagai  bahan adunan dalam pembuatan makanan yang seperti kek,  cookies , biskut, krakers, gula-gua candies, popcorn dan banyak lagi.

Jadi apa yang penting ialah kita memilih lemak atau minyak yang hendak digunakan.

*Saya selalu mengambil satu sudu minyak zaitun yang tulen setiap pagi dan malam.* 

5 Sebab kenapa perlu makan minyak zaitun

🍀🍀🍀
*5 SEBAB KENAPA PERLU MAKAN MINYAK ZAITUN BERDASARKAN KAJIAN BERIKUT :*

✅✅✅
1. Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil *minyak zaitun lebih dari sekali sehari* boleh *mengurangkan 25%* risiko menghidapi *kanser payu dara.* Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. 

✅✅✅
2. Kajian yang diketuai oleh Professor Miguel Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan *minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.* Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon.

✅✅✅
3. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko.

✅✅✅
4. Kajian The Journal of the National Cancer Institute menunjukkan *diet minyak zaitun bersama buah-buahan* dan sayuran *merendahkan risiko kanser* payu dara, kanser kolon dan kanser prostat.

✅✅✅
5. Kajian menunjukkan bahawa *asid oleik* di dalam minyak zaitun dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan penuaan dan bagus untuk bayi dalam kandungan. Asid oleik merupakan salah satu asid lemak dari jenis tidak tepu mono, merangkumi 55 hingga 85 peratus kandungan minyak zaitun.

Hanya yang terbaik daripada Olive House!

JOM CUBA SEKARANG !

*Mana nak dapatkan Minyak Zaitun Olive House?*

Untuk pertanyaan dan tempahan
http://olivehouseshahalam.wasap.my/01111363639

*#BuyTurkeyProduct*
#olivehouse
#aafiyatlifestyle
#aafiyat2u
#minyakzaitun

*#OlivieLovers*

Daging dan Raya korban

Daging & Raya Korban

Dalam Islam, hari-hari besar seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha disambut dengan jamuan makan yang sedikit berat dari biasa. Daging (ayam, kambing, lembu, kerbau dll) menjadi menu utama.

Begitu juga apabila meraikan tetamu. Banyak sirah atau kisah sahabat yang akan menyembelih binatang ternakan apabila menerima kehadiran tetamu. Tanda hormat dan meraikan kehadiran tetamu.

Namun, ia tidak bermakna kita boleh melantak sepuas hati. Kuantiti perlu dititikberatkan. DAGING MENGAMBIL MASA 1MINGGU UNTUK DIHADAM OLEH TUBUH!

Bayangkan jika dalam tempoh seminggu ini, setiap hari dalam menu kita ada DAGING (termasuk ayam). Ditambah dengan minuman manis dari Gula Putih yang sangat berbahaya.

Ia kombinasi terbaik untuk mencetuskan keradangan dalam tubuh dan seterusnya menjadi punca GOUT dan pelbagai masalah kesihatan lain.

Saya kongsikan 2 kaedah yang dapat membantu tubuh berfungsi lebih cekap;

1⃣ Legakan perut dengan mengamalkan Cuka Teen. Cuka Teen adalah bersifat probiotik. Ia membantu proses penghadaman menjadi lebih efisen.

2⃣ Ringankan beban proses pencernaan dengan mengamalkan Minyak Zaitun Extra Virgin. Lemak sihat minyak zaitun akan mengawal lemak jahat HDL yang terdapat pada daging.

Sama-sama kita amalkan gaya hidup Aafiyat

Hanya yang terbaik daripada Olive House!

JOM CUBA SEKARANG !

*Mana nak dapatkan Minyak Zaitun Olive House?*

Untuk pertanyaan dan tempahan
http://olivehouseshahalam.wasap.my/01111363639

*#BuyTurkeyProduct*
#olivehouse
#aafiyatlifestyle
#aafiyat2u
#minyakzaitun

*#OlivieLovers*

22.8.18

kanser

DASAR:
Hj Firdaus:
Cadangan jenis produk bagi kanser:
- Olivie30
- OPU
- SCT
- JDB
- MADU KYRGYZSTAN
- KURMA AJWAH

Cara dan kadar ambilan bergantung kepada beberapa faktor:
- umur
- tahap kanser
- tempoh hidap kanser
- fizikal & mental penerimaan makanan super

Secara umumnya, beri pada kadar yang sedikit, lihat penerimaan dan reaksi badan.

Jika baik, boleh naikkan secara berdikit-dikit. Adapun nak cuba dalam tingkatan yang banyak, kita perlu fahamkan bagaimana makanan tinggi antioksidan bertindak dan kesanggupan mereka untuk mengahrungi.

Kaedah ambilan:
Perut kosong

Pagi selepas bangun tidur:
- 1 sb OLIVIE30
- 1 sb SCT + 200ml air
- 1/3 cawan Jus delima

Waktu dhuha:
- 1 sudu teh madu + 100ml air suam

Malam sebelum tidur:
- 1 sb OLIVIE30
- 1/2 sudu teh OPU (pantau reaksi jika perlu dikurangkan lagi)
- 1 sb SCT + 200ml air
- 1/3 cawan Jus delima

*kurma dijadikan makanan pembekal tenaga. 7 biji dalam sehari.

Pantang larang pemakanan:
- elakkan ayam, daging merah
- elakkan 3P: nasi putih, bergula putih, roti tepung putih

Banyakkan ambilan sayur & buahan yang tiada bahan pengawet & sebaiknya organik.

18.8.18

Renungan Malam Aafiyat

*Ada kala apabila Allah memberi kita nikmat sihat, kita lalai dan lupa Allah.*

*Tapi apabila Allah uji kita dengan azab sakit, ketika itu kita akan ingat Allah.*

*Justeru marilah sama2 kita menghargai nikmat sihat yang Allah kurniakan ini dan berusahalah memeliharanya.*

*Jadikan quranic food sebagai makanan harian kita. Biarlah ia menjadi ubat untuk tubuh badan kita.*

*Jadikan makanan sebagai ubatmu. Bukan ubat sebagai makananmu*

#olivehousedesamentari
#olivehouse
#aafiyatlifestyle
#minyakzaitun

Facebook :
www.facebook.com/Kedai Makanan Sunnah Herba dan Kosmetik

Instagram :
www.instagram.com/kedai_makanan_sunnah_herba

Klik 👇 untuk order
www.wasap.my/601111363639/quranic food

10.8.18

Badan bertoksin

6 Tanda Badan Anda Bertoksin:

1. Sering rasa letih
2. Berat badan sukar turun
3. Sukar Buang Air Besar
4. Mulut Berbau
5. Mudah Mengantuk
6.Masalah Kulit

Jom Amalkan Sari Cuka Teen Untuk buang Toksin di dalam badan anda

Jika Anda alami tanda di atas itu menunjukkan badan anda bertoksin dan perlu ambil langkah buang toksin dalam badan.

saya sarankan kepada anda amalkan Sari Cuka Teen.

Sari Cuka Teen Olive House diperbuat daripada buah Tin yang segar, diperah, ditanam secara organik dan Tin tersebut dibiarkan matang di dalam tong kayu bagi bertujuan untuk menggalakkan kualiti peragian semulajadi. Apabila telah matang, ia mengandungi jaringan zat yang dipanggil “Mother” dimana kelihatan jelas apabila cecair coklat pekat terdedah kepada cahaya.

Sari Cuka Teen Olive House kaya dengan Potassium, di mana ramai di antara kita kurang mineral serta menyebabkan gangguan pada hari tua. Kalsium menguatkan tulang dan potassium berfungsi untuk mengawal fungsi urat saraf dan otot. Buah Tin yang segar dipilih untuk membuat Sari Cuka Teen. Tin segar kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh seharian.
.
KHASIAT SARI CUKA TEEN :

● Dapat mencegah berlakunya pembengkakkan pada badan seperti bisul dan kanser
● Membuang darah kotor dan melancar pengaliran darah
● Mengatasi proses pencernaan makanan didalam perut
● Melancarkan pergerakan usus
● Memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
● Menurunkan tahap kolesterol
● Mengimbangi tahap asid-alkali didalam badan dan mengeluarkan lebihan garam
● Membakar kalori dengan cepat
● Membuang toksin

Cara pengamalan Sari Cuka Teen:
Masukkan 1 ke 2 sudu teh Sari Cuka Teen ke dalam segelas air kosong dan untuk tambahan, anda boleh tambah 1 ke 2 sudu teh Madu Asli
Waktu pengambilan sebaik-baiknya di waktu selepas saranpan, tengahari sebelum atau 10-15minit selepas makan makanan berat.

Boleh di ambil sejuk atau suam.

https://www.wasap.my/01111363639

6.8.18

starter pack

[ Mengapa OLIVE HOUSE merasakan sudah tiba saatnya SEORANG ANAK menghadiahkan STARTER PACK QURANIC SUPERFOODS untuk IBUBAPA mereka...?? ]
.........................................
Jika kita memandang susuk tubuh mereka sekarang…

Adakah mereka inginkan sejambak bunga..? Adakah sebiji kek...?
,
Mungkinkah set outfits termahal mahupun perfume jenama terkini..?
.
Bukankah semua itu sudah terlalu cliche untuk ibubapa anda... ^_^
.
Sedangkan kita tahu..dalam mereka meniti usianya, yang paling berharga untuknya adalah KESIHATAN nya untuk BERIBADAH. Kita sedar bahawa mereka yang tercinta itu perlukan sesuatu untuk memelihara kesihatannya setiap hari.

OLEH ITU… HADIAHKAN SESUATU YANG BOLEH MENGEMBALIKAN KESIHATAN BAIK MEREKA….
-------------------------------------------------------------------------
🌿 JUS DELIMA ASLI 100%
Berhenti menghadiahkan MINUMAN BERGULA kepada ibubapa anda. Tiba masa anda memberikan sesuatu yang dijamin ASLI, TANPA GULA, TANPA PENGAWET, ATAU PEWARNA TIRUAN kepada ibubapa anda. Jus Delima ASLI dr AZERBAIJAN mempunyai pengiktirafan USDA ORGANIK dan mempunyai kandungan nutrisi yang banyak seperti :

- ANTIOKSIDA yang 3x ganda lebih baik dari teh hijau
- Vitamin A,C, E, dan K
- mempunyai ciri anti radang dan anti kanser

🌿 OLIVIE PLUS 30X , minyak zaitun yang kaya dengan antioksida semulajadi
Pastikan ibubapa anda mengamalkan MINYAK ZAITUN 100% ASLI. Ingat ! Murah bukan jaminan yang asli. Namun yang mahal dan berkualiti itulah lebih penting untuk daya tahan tubuh badan ibubapa anda. Bantulah beliau melawan segala bakal kemungkinan penyakit yang akan dialaminya dengan membekalkan ANTIOKSIDAN yg tinggi untuk keperluan tubuhnya.

🌿MADU PERGUNUNGAN ASLI 100%
Berikan hanya yg terjamin ASLI untuk ibubapa anda, Kandungan VIt C dan Vit B Kompleks serta Magnesium, Sodium, dan Kalsium serta antioksida yang tinggi

🌿TEH HERBA CAMPURAN DAUN ZAITUN DAN HOWTHORN
Mengandungi kompaun Polyphenol – Oleuropein, hydrotyrosol, oleocanthal yang dapat mencegah penyakit athritis, diabetes, anti penuaan, anti inflammasi, antibiotik semulajdi, dan bnyk lagi.

🌿CEYLON CINNAMON
Yang dipercayai paling berkesan sebagai anti diabetes

[ PAKEJ LENGKAP]
STARTER PACK BUAT YANG TERCINTA !
----------------------------------------------
Dapatkan set lengkap keperluan nutrisi IBUBAPA anda

Whatsapp untuk pertanyaan lanjut :

Taip "STARTER PACK IBUBAPA" hantar ke >> 01111363639
Taip "STARTER PACK IBUBAPA" hantar ke >> 01111363639
Taip "STARTER PACK IBUBAPA" hantar ke >> 01111363639

............
opsss... malasnya taip nombor diatas ? takpe2... tekan sahaja link di bawah >>

https://www.wasap.my/01111363639
https://www.wasap.my/01111363639
https://www.wasap.my/01111363639

Tip kesihatan

"Jadikanlah PEMAKANAN sebagai UBAT mu, sebelum UBAT menjadi MAKANAN mu"

#TipKesihatan

5.8.18

Functional Food

*Bil 1*
*'Functional Food'*

'Functional Food' ditakrifkan sebagai *apa sahaja Makanan yang Memberi Kesan Positif kepada Kesihatan Badan, Keupayaan Diri Pada Sudut Fizikal atau Daya Fikir* pada Diri seseorang.
.
Takrifan ini memberi mesej Jelas bahawa Untuk Melalui Fasa Kesihatan yang baik pada Sudut Fizikal, Mental dan Spiritual,
Penekanan Perlu diberi kepada Pengambilan Makanan Harian yang Berkualiti dan Benar-Benar 'Berfungsi' pada sudut Komponen Bioaktif Di dalam Makanan tersebut.
.
Mengapa Kita disarankan MemPELBAGAIkan pengambilan warna dalam Makanan Harian?
.
Apakah komponen yang mewakili Nilai Warna Itu?
.
Cuba Rujuk Al Quran, ayat 69, Surah An Nahl :
Pada Makna _'yang bermacam-macam warnanya'_ _(Mukhtalifun Alwanuhu)_ Di sini merujuk kepada Nilai *Antioksida*.
.
Bidang Nutrition menafsirkan Faktor yang mempelbagaikan Warna pada Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan ialah Nutrien *Antioksida* Di dalamnya.
.
Jadi, Apakah Peranan UTAMA Antioksida ini kepada Tubuh Badan?
Adakah Ia Berperanan sebagai *'Functional Food'?*

bersambung....
.